![]() |
Peruntukan untuk laman web ini: Font Surfer, Flat Brush & Bart Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Selamat datang ke the very first & one an only shine to siri DareDevils daripada majalah komik GEMPAK. Ok, mungkin website ni dilancar TERLALU ketinggalan sebab siri DareDevils ni dah lama tamat sejak isu 12 lagi iaitu pada bulan Mei 1999. Tapi biasa la kan, sama la macam bebanyak fanpages lain.Contohnya, siri anime (kartun Jepun) yang disiarkan kat TV. Bila habis sampai episode terakhir ,ada peminat-peminat2 fanatik nak buat fanpages untuk anime kesayangan diorang. Maka wujudlah website berkenaan anime di world wide web. Ada gak fanpages yang wujud sebelum siri / movie / whatever dipasarkan. Contohnya Final Fantasy VIII. Dah berlambak webpage /shrines FF VIII kat internet sebelum RPG game tu keluar tahun lepas. ( Err..sebut Final Fantasy, bila FFIX English Version nak kuar em?)
Mungkin lagi satu tujuan saya bina site ni ialah sebagai kempen untuk BRING BACK THE DAREDEVILS. Saya nak siri DareDevils disambung. Mungkin DareDevils 2, DareDevils Return or whatever.... (nada Squall). Siri pertama karya kartunis Zint ni jauh lagi best & lawa ( & berkualiti) daripada sirinya yang sedia ada sekarang dlm majalah Gempak iaitu XC Fighter. Emm.. tu pendapat saya la . Mungkin ada yang akan email saya kata " Saya tak nampak faedah & rasionalnya awak buat hompej ni" .Fine, I'm doing this for fun .Ok, rasanya dah panjang gile saya membebel nih, ( memang pun) .Lets get to the point.
AMENDE CERITA DAREDEVILS TU??![]()
DareDevils mengisahkan satu kejadian aneh berlaku di sebuah bandar di mana orang ramai bertukar ( disumpah?) menjadi batu. Krisis ni hanya boleh ditangani oleh ' empat remaja yang terpilih / ditakdirkan ' sebelum dunia dihancurkan. Err..tu breafing secara ringkas la. Nak tau the whole story, beli majalah GEMPAK isu 6 hingga 12.I must say jalan ceritanya licin, fun & yet moving (best kalau buat movie atau animated series).WATAK-WATAK
![]()
Kenali the DareDevils. Nick, Steve, Lia, dan Kel empat remaja best lagi cool. Characters yang berkesan. Petikan ringkas untuk setiap karektor utama. Juga terdapat sebab-sebab saya lebih menggemari DareDevils daripada XC Fighter karya Zint.GALERI GAMBAR
![]()
Beberapa scene DareDevils yang saya scan daripada majalah GEMPAK.Kalau anda nak tawarkan diri mewarnakan gambar-gambar ni, email saya. Saya akan bagi kredit ( link'kan webpage anda). Ataupun, ada sesiapa yang berminat nak hantar fanart, silakan. Terima kasih.STESEN MENGUNDI![]()
Undi majalah kartun / komik mana paling best kat Malaysia. Hot jugak poll ni.SIGN GUESTBOOK / VIEW GUESTBOOK
![]()
Tinggalkan mesej ringkas.Email saya untuk komen panjang, sokongan anda untuk kembalikan siri DareDevils & cadangan untuk meningkatkan prestasi shrine nih.EMAIL KARYA & KREATIVITI ANDA
![]()
Saya mengalu-alukan sumbangan fanart (lukisan) atau fanfiction (cereka) daripada anda. Tak kira siri DareDevils, Jinggo, Blues Untuk Aku, Bersama Selamanya, Kampung Boy, 3 Dara Pingitan or whatever.....Asalkan ianya berdasarkan siri kartun/ komik buatan Malaysia. Email sekarang!FARAH 'S KINGDOM OF ARTS
![]()
Laman web induk saya & dah hampir 3 tahun beroperasi. Ada pages about my favourite anime, forum' Kenapa Kartun Untuk Budak Kecik? ' , link Poskad & macam-macam lagi. Don't miss this one, ok?
Gunakan banner ini untuk 'link' kan hompej ni. Homepej Daredevils dibina sejak Julai 2000.Anda ialah pelawat Farah's Kingdom Of Arts yang ke:
PS:
* Sori saya tulis bahasa rojak ( English + Malay) dalam laman web ni. Sesekali nak tak formal jugak. Tulis
bahasa rojak takpe tapi kalau cakap bahasa rojak yang tensen tu. Bunyinye ntah apa-apa.
* Gambar atau hiasan dalam laman web ini amat terhad dan kurang untuk menghasilkan webpage yang fast
loading.
* Informasi & gambar siri DareDevils adalah hakmilik majalah Gempak semata-mata. Webmistress tidak
berniat mengambil sebarang keuntungan atau mencabuli mana-mana pihak. Harap maklum.
* Maaf kalau ada yang tersinggung dengan-mana kandungan dalam laman web ini. Segala kesulitan amat
dikesali.